fbpx

Tangkap 2 lelaki, selesai 10 kes ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (baju kuning) berjaya diberkas orang awam selepas cuba meragut seorang wanita.

PETALING JAYA – Polis berjaya menyelesaikan 10 kes ragut di sekitar daerah Sentul susulan penahanan dua lelaki dalam dua serbuan di Jinjang Utara, Kepong semalam.

Tangkapan pertama membabitkan suspek berusia 25 tahun yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di tepi jalan berhampiran sebuah bank di Jinjang Utara pada pukul 2 petang.

Difahamkan, suspek merentap beg tangan mangsa, namun gagal melarikannya kerana mangsa yang terjatuh memegang erat begnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek cuba lari namun motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Akibat pelanggaran itu, suspek terjatuh sebelum diberkas orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Berpandukan maklumat daripada suspek, kita menyerbu sebuah rumah di Jinjang Utara pada pukul 11 malam dan menahan seorang suspek berusia 27 tahun.

“Dalam serbuan itu, kita merampas wang tunai RM3,000 dan enam buah telefon bimbit dipercayai hasil ragut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah kes ragut.

“Dengan tangkapan kedua-dua suspek ini, kita berjaya menyelesaikan 10 kes ragut di Sentul yang dilaporkan berlaku pada tahun ini.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga 25 November ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI