fbpx

Yuna satu video dengan JLo, Michael B. Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuna

PETALING JAYA – Penyanyi tanah air, Yuna melakar sejarah tersendiri apabila menjadi artis wanita bertudung pertama dari Asia Tenggara terlibat dalam kempen terbaharu jenama fesyen terkemuka, Coach.

Jenama antarabangsa dari Amerika Syarikat yang cukup terkenal dengan aksesori mewah terutama tas tangan itu berkongsi video kempen terbaharu yang menyaksikan Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai menghiasi kempen tersebut bersama bintang ternama dunia lain.

Selain Yuna, antara bintang antarabangsa lain yang menghiasi kempen tersebut ialah Jennifer Lopez, Michael B Jordan, Camila Morrone, Rickey Thompson, Kim Petras, Kiko Mizuhara dan Quincy.

“Wanita bertudung pertama Asia Tenggara dalam kempen fesyen global.

“Terima kasih buat semua bekerja untuk penggambaran video ini,” tulis pelantun lagu Dan Sebenarnya itu di Instagram.

Mac lalu, Yuna dipilih sebagai satu-satunya wakil dari Malaysia untuk kempen jenama tersebut, Originals Go Their Own Ways.

“Menjadi original adalah melakukan sesuatu yang tiada orang lain fikir untuk lakukan. Ikut rasa hati walaupun orang fikir anda pelik atau berada di tempat yang salah.

“Apa yang penting, anda percaya dengan diri anda sendiri dan anda tahu yang anda punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan kepada dunia,” ujar isteri kepada Adam Sinclair itu dalam satu muat naik video. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI