fbpx

Tropicana peroleh RM224 juta bagi suku ketiga 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) memperoleh pendapatan sebanyak RM224 juta bagi suku ketiga tahun ini yang berakhir pada 30 September lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan berkata, ia merupakan penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding pendapatan sebanyak RM246.1 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagi pendapatan terkumpul untuk tempoh sama pula, menurutnya, mereka memperoleh RM702.4 juta, yang mana mencatatkan penurunan sebanyak tujuh peratus berbanding RM755.3 juta tahun sebelumnya.

“Penurunan hasil pendapatan itu berpunca daripada aktiviti penjualan dan projek yang perlahan di negara ini.

“Ia berpunca daripada pelbagai larangan pergerakan yang ditetapkan kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dion, keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan pula menunjukkan peningkatan iaitu RM115.1 juta, empat peratus atau RM4.7 juta lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Jelasnya, keuntungan berkenaan berpunca daripada penjualan dua lot tanah membangun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI