fbpx

Lelaki keluar menangkap ikan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI mangsa dilaporkan hilang ketika keluar ke laut untuk ke bagang di sekitar perairan Bengkoka, Pitas. - Foto: Ihsan APMM Kudat.

KUDAT – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar ke laut untuk menangkap ikan di perairan Kampung Rosob, Pitas sejak malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hamlee Sinabill, 50, dipercayai keluar ke laut menaiki sampan tanpa memakai jaket keselamatan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, mangsa dipercayai ke laut untuk ke bagang iaitu peranti menangkap bilis di sekitar perairan Bengkoka berhampiran Kampung Rosob, Pitas sebelum dilaporkan gagal tidak pulang ke kampungnya.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu dilaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Chin Chau berkata, keluarga mangsa telah cuba menghubungi telefon bimbit lelaki berkenaan namun gagal.

“Barangan kepunyaan mangsa seperti telefon bimbit dan beg ditemui di atas bagang manakala bot yang dinaikinya dijumpai hanyut di sekitar bagang terbabit.

“Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 10.30 pagi tadi dengan keluasan kawasan pencarian meliputi lima batu nautika dari lokasi bagang,” katanya.

“Selain aset APMM, usaha pencarian turut membabitkan aset dari Pasukan Polis Marin (PPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Chin  Chau meminta komuniti maritim supaya melaporkan sebarang kecemasan yang berlaku di laut ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24j am untuk tindakan selanjutnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI