fbpx

Berdepan saman, Hans Isaac akui silap petik nama Eizlan Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANS ISAAC

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Hans Isaac mengakui tersilap memetik nama pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung penyalahgunaan kuasa sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional berhubung penerimaan geran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd.

Hans yang juga bekas Pengerusi Finas dalam satu kenyataan memaklumkan, dia dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan apabila mengaitkan nama Eizlan dengan syarikat produksi Excellent Pictures yang bukan miliknya.

Bagaimanapun semalam, Hans sebenarnya telah bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Eizlan sebaik tersedar kesilapan yang dilakukannya.

“Belum sempat saya berbuat demikian, saya dimaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peguam kepada saya.

“Saya telah menghubungi Eizlan melalui peguamcara untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubungan kesilapan ini.

“Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang tidak disengajakan. Saya amat berharap kami dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat memajukan industri perfileman negara bersama,” tulisnya.

Hans yang juga pelakon Lemak Kampung Pisang itu menjelaskan, pada 16 November lalu, dia ada menghantar mesej dalam grup WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk mengucapkan tahniah kepada tiga buah syarikat yang terpilih menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada Finas. Dalam mesej sama, dia telah tersalah mengaitkan nama Eizlan dengan syarikat Excellent Pictures.

Semalam, Eizlan mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hans selepas membabitkan namanya dalam penyalahgunaan kuasa sebagai ALP Finas dalam ketelusan pengurusan Dana  Kandungan Digital 2020 kepada syarikat-syarikat produksi tanah air.

Eizlan berkata, susulan tindakan Hans telah mencalarkan nama baik dan reputasinya, selain mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Pelakon berusia 49 tahun itu telah melantik peguamcara menerusi Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co bagi menguruskan kes berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI