fbpx
Sufi mendedahkan dia kini sedang belajar mengaji.

Sufie Rashid belajar mengaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Sufie Rashid mendedahkan dia tidak pandai mengaji dan masih belajar untuk membaca Iqra’.

Pengakuan tersebut ditulis sendiri oleh Sufie datau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 29, menerusi satu hantaran Instagramnya semalam.

Dalam hantaran tersebut juga, pelantun lagu Aku Sanggup itu memuat naik sekeping gambar memaparkan dia sedang memegang Iqra’.

“Alhamdulillah, minggu kedua mengaji. #sayatakpandaibaca #sayabutahuruf #itsnottoolate (masih belum terlambat),” katanya.

Tanda pagar yang ditulisnya itu mendapat perhatian pengikut Instagramnya.

“Bagus kita mengaku daripada berpura pura. Masa saya minta guru mengaji ajar, saya pun cakap saya buta huruf,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen.

“Allah SWT tidak pandang pada hasil, Allah pandang pada usaha,” kata seorang lagi pengikutnya.

Rata-rata memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada anak kelahiran Singapura itu.

Malah, ramai yang berpendapat Sufie masih belum terlambat untuk berubah ke arah yang lebih baik. – K! ONLINE

POPULAR