fbpx

Kes kembali tiga digit, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kembali kepada tiga digit dengan 660 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 50,390 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak empat kes import membabitkan dua warga Malaysia dan dua warga asing yang tiba dari Turki, India dan Arab Saudi.

“Terdapat pertambahan empat kes kematian hari ini membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki menjadikan jumlah kematian Covid-19 sehingga kini sebanyak 322 kes.

“Kes kematian tersebut dilaporkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak dan Hospital Duchess of Kent, Sabah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 630 kes sembuh direkodkan hari ini dan jumlah kes pulih Covid-19 di seluruh negara sehingga kini sebanyak 37,254 kes.

Ujarnya, terdapat 103 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 41 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI