fbpx

Peningkatan margin jualan, eksport produk baharu perkukuh hasil MSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peningkatan margin jualan dan pengeksportan produk-produk baharu telah berjaya memperkukuhkan hasil MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020.

Pemilik jenama Gula Prai itu telah mencatat hasil keseluruhan berjumlah RM594.6 juta dalam tempoh berkenaan naik 12 peratus berbanding RM531.7 juta suku yang sama tahun sebelumnya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Fakhrunniam Othman berkata, jumlah kerugian bersih yang lebih rendah sebanyak 62 peratus dicatat pada suku berkenaan berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Menurut beliau, syarikat merekodkan jumlah keuntungan operasi sebanyak RM5.6 juta bagi suku ketiga sebelum pelarasan rosot nilai.

Dalam tempoh yang ditinjau, syarikat telah menghapus kira aset tumbuhan penghasil melibatkan tanaman getah yang terjejas akibat kebakaran di Chuping, Perlis sebanyak RM27.2 juta, diikuti pelarasan rosot nilai sebanyak RM35.7 juta susulan daripada perubahan dalam pengolahan perakaunan bagi aset-aset yang sama berikutan pembatalan perancangan jualan terdahulu.

“Sehubungan itu, kerugian sebelum cukai untuk suku ketiga telah dicatatkan sebanyak RM57.4 juta dan kumpulan turut merekodkan peningkatan dalam pendapatan sebanyak RM63 juta.

“Ia adalah hasil daripada peningkatan dalam jumlah jualan bagi pasaran industri dan eksport serta premium eksport yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bagi bahagian eksport, MSM merekodkan peningkatan jualan sebanyak 92,000 tan metrik, lima kali ganda peningkatan daripada tahun lepas sebanyak 19,000 tan metrik disertai premium yang tinggi.

Ini telah menyumbang kepada usaha syarikat dalam memaksimumkan penggunaan kapasiti Kumpulan secara signifikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI