fbpx

Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerahan serah terima tugas antara Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar (kiri) kepada Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu, Mohd. Fazley Ab. Rahman berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

NILAI – Ketua Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan beliau bagi menggantikan Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar yang bertukar ke Bahagian Pengurusn Bencana, Maktab Polis Diraja Malaysia.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Mohamad berkata, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Mohd Nor Marzukee sepanjang beliau menerajui IPD Nilai selama dua tahun satu bulan khususnya dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Nilai ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Mohd Nor Marzukee selama perkhidmatan beliau di Kontinjen Negeri Sembilan.

“Saya juga berharap seluruh warga kerja IPD Nilai akan terus memberikan sokongan padu kepada Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu iaitu Mohd. Fazley dan isteri, Siti Rozaida Aripin selaku Pengerusi Perkep IPD Nilai ke Kontinjen Negeri Sembilan khususnya ke IPD Nilai,” katanya dalam ucapanya.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Nilai antara isteri Mohd. Nor Marzukee iaitu Puan Sharliana Che Ani dengan Siti Rozaida dan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, Datin Norlela Idris. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI