fbpx

25 individu tidak patuh PKPB dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelanggan sebuah cafe di Butterworth yang dikompaun kerana berada melebihi masa ditetapkan.

SEBERANG PERAI – Seramai 25 individu masing-masing dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Seberang Perai Utara (SPU) semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang terdiri daripada 19 lelaki dan enam wanita berusia 30 hingga 40 tahun itu dikompaun dalam operasi di beberapa lokasi berbeza.

Menurutnya, dua lelaki didapati melanggar SOP kerana tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal ketika di sebuah padang bola di Butterworth.

“Selain itu, dua pekerja lelaki di sebuah kedai haiwan dikompaun kerana gagal mengambil suhu pelanggan, tidak mencatit nama dan tiada kod pengimbas aplikasi MySejahtera.

“15 individu di sebuah cafe di Butterworth pula dikompaun kerana berada di premis itu melebihi masa ditetapkan ketika pemeriksaan pada pukul 10.30 malam.

“Selain itu, tujuh lelaki yang berkumpul di hadapan sebuah rumah di Tasek Gelugor melanggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan di daerah itu pada sepanjang tempoh PKPB bagi memastikan orang awam mematuhi SOP dalam menangani penularan wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI