fbpx
Keadaan kemalangan memababitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang merempuh pagar Masjid Rahmania, dekat sini, pagi tadi.

Rempuh pagar masjid tersalah tekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL –  Gara-gara tersilap tekan pedal minyak kereta, sepasang suami isteri warga emas berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh pagar Masjid Rahmania, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-duanya berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh orang awam sejurus selepas kejadian.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku di Jalan Mewah melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Si suami yang berusia lingkungan 80-an dan isteri berusia lingkungan 70-an baharu sahaja selesai urusan di klinik berdekatan dan mahu pulang ke rumah di Kuala Jempol.

“Bagaimanapun, semasa mahu membelok ke kanan tiba-tiba pemandu tertekan pedal minyak lalu merempuh pagar Masjid Rahmania Bahau,” katanya, dekat sini, tadi.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI