fbpx

K2

LUIS SEK bersama produk truffle yang dijualnya.

d’Alti Gusti tawar truffle Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYEDIA makanan dari Itali, d’Alti Gusti masuk ke dalam pasaran ketika sebahagian besar masyarakat mula memilih untuk makan di rumah sebagai norma baharu akibat penularan pandemik Covid-19.

Sebaliknya, keadaan itu membuka peluang kepada jenama tersebut memasarkan produk pelengkap sajian popular dari Itali, truffle bagi membolehkan masyarakat menikmati bahan mewah tersebut di rumah.

Truffle adalah sejenis cendawan yang tumbuh pada akar pokok beech, poplah dan oak di dalam tanah. Terdapat dua jenis warna truffle iaitu hitam dan putih yang sering digunakan dalam masakan.

Dengan hirisan kecil ia sudah cukup untuk membangkitkan rasa dan aroma yang unik dalam sajian seperti pasta, burger, spegati dan piza.

 

SALAH satu hidangan menggunakan bahan truffle.

 

Pengasas d’Alti Gusti, Luis Sek berkata, idea mengkomersiakan tuffle dari Itali tercetus apabila stok untuk kegunaan keluarga pada tahun lalu habis dijual dalam tempoh singkat.

Katanya, produk tersebut habis dijual dalam tempoh beberapa minggu sahaja ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu.

“Dengan perjalanan ke luar negara disekat ketika ini, saya meneroka sesuatu baharu dengan memulakan syarikat mengimport bahan truffle bagi memudahkan orang ramai menyediakan sajian Itali.

“Saya dapati permintaan bukan sahaja terhadap truffle, malah ramai bertanyakan cara terbaik menggunakannya dalam masakan sehingga tercetusnya d’Alti Gusti,” katanya dalam satu kenyataan.

Truffle yang dipasarkan oleh Luis diperoleh secara terus daripada penyedia terbaik di negara Eropah tersebut iaitu keluarga Giuliano Tartufi.

 

CONCHGIGGLETE salah satu hidangan itali yang ditawarkan di d’Alti Gusti.

 

Jenama keluarga itu adalah pemenang pelbagai anugerah selain memiliki lebih 20 buah restoran di Itali yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Jenama d’Alti Gusti menawarkan beberapa pilihan truffle antaranya krim, slice dan serbuk. Terdapat juga pilihan truffle yang dicampur dengan bahan tambahan seperti minyak zaitun, tomato, madu dan garam.

Tegas Luis, rangkaian produk truffle Itali boleh diperoleh secara atas talian atau dari Studio Makan d’Alti Gusti di Petaling Jaya, Selangor.

Mengulas mengenai studio makan, Luis memaklumkan, tempat itu menawarkan kelas demonstrasi masakan kepada pelanggan yang ingin mempelajari cara penyediaan makanan Itali daripada cef terkemuka.

Pada masa sama, d’Alti Gusti turut membuka studio makan tersebut kepada pelanggan yang ingin merasai pengalaman makan malam secara eksklusif di tempat kondusif.

Luis memberitahu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai sajian enak secara peribadi tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai di pusat beli-belah atau melalui prosedur operasi standard yang ketat.

“Kami menyediakan persekitaran selesa dan selamat. Kami mempunyai 15 pilihan menu seperti salmon filet bakar, daging bersama summer truffle dan risoto dolce,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan aneka pilihan truffle pada harga bermula RM43, manakala sesi kelas masakan berharga RM250 seorang. Slot kelas masakan akan diberikan percuma kepada pelanggan yang membeli produk truffle melebihi RM250. Harga sajian untuk makan malam bermula pada harga RM128 seorang.

POPULAR