fbpx

CBP buka dua cawangan baharu awal bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Co-op Bank Pertama (CBP) telah membuka dua cawangan baharunya pada awal bulan ini iaitu di Manjung, Perak dan Setapak di sini sebagai usaha menawarkan perkhidmatan perbankan terus kepada penduduk di sekitarnya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nor Abd Razak berkata, pengem­bangan cawangan itu akan membolehkan bank menyediakan rangkaian perbankan penuh seperti di bandar besar lain dalam pasaran perkhidmatan kewangan yang semakin kompetitif kini.

“Kami akan memberi tum­puan terhadap pelanggan baharu dan berkembang dalam penguasaan pasaran untuk mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah institusi kewangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Melalui pembukaan cawangan baharu itu, CBP dahulunya dikenali sebagai Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd. kini memiliki 28 cawangan di seluruh negara.

Selain itu, Mohd. Nor menjelaskan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kedua-dua cawangan baharu itu akan beroperasi se­perti biasa mulai pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang.

“Bagaimanapun, operasi ke­dua-dua cawangan itu dan semua cawangan CBP akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard serta menjaga penjarakan fizikal seperti ditetapkan kerajaan,” katanya.

Tambah Mohd. Nor, CBP me­nunjukkan prestasi cemerlang pada tahun lalu ekoran dapat memberikan jumlah pembayaran dividen paling tinggi sejak lima tahun lepas.

“Kejayaan ini dicapai hasil ­da­ri­pada pengurusan yang baik,” ujarnya.

Menurut beliau, ketika dunia sedang berdepan pandemik Covid-19, ia tidak menjadi penghalang kepada institusi kewangan itu untuk memanfaatkan teknologi bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi pelbagai aplikasi secara online.

“Malah, CBP muncul sebagai institusi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk kewangan patuh syariah dengan keistimewaan tersendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI