fbpx

Yana Samsudin selamat lahirkan anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta di Batu Pahat, Johor pada Sabtu lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Yana atau nama penuhnya Norliana Samsudin, 36, menerusi satu hantaran Instagramnya hari ini dengan memaparkan wajah comel bayi perempuannya itu.

“Alhamdulillah saya dah selamat lahirkan bayi perempuan.

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan Yana. Bayi selamat dilahirkan dan semuanya telah dipermudahkan,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Adnan Sempit itu, dia turut mendoakan agar wanita di luar sana dipermudahkan urusan untuk hamil.

“Alhamdulillah sekali lagi Yana doakan kepada ibu-ibu yang masih menanti untuk hamil bayi pertama dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Yana juga akan bercuti lebih kurang dua bulan dari sebarang acara, pengambaran dan permainan online,” katanya lagi.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, Yana dan Fadzil Zahari, 37, dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI