fbpx

Semua pusat pelancongan di daerah Manjung ditutup kepada awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan tempat meletak kenderaan pantai Teluk Batik ditutup kepada orang ramai.

LUMUT – Semua kawasan pelancongan di daerah Manjung ditutup kepada orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam sehingga 9 Disember depan.

Ia melibatkan pantai Teluk Batik di Teluk Muroh, pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah di Pulau Pangkor, pantai Teluk Senangin di Segari serta kawasan pesisir air (waterfront) di Lumut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh, berkata ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita terpaksa hadkan aktiviti di semua kawasan tumpuan pelancongan. Tidak boleh berkelah dan aktiviti pelancongan tidak dibenarkan dalam kawasan PKPB.

“Pihak polis pun sepakat untuk kita tutup dulu sehingga arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, aktiviti beriadah di Kompleks Sukan MPM juga dilaksanakan mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya 10 orang dibenarkan berada dalam kompleks berkenaan pada satu-satu masa.

Menurutnya, mereka hanya dibenarkan berada selama 30 minit sahaja dalam kompleks sukan itu bagi memberi peluang kepada orang lain pula untuk beriadah.

Ujarnya, langkah itu dilakukan selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta Polis 1967 bagi membendung penularan penyakit Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI