fbpx

Pos Malaysia laksana mitigasi dalam perkhidmatannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan langkah-langkah mitigasi dan perancangan alternatif bagi memastikan kelangsungan operasi.

Menurut jurucakap Pos Malaysia, pelaksanaan langkah ini bertujuan untuk memastikan penghantaran barangan lebih efisien lebih-lebih lagi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Langkah-langkah ini juga diambil bagi menangani isu penghantaran berkaitan Covid-19 terutamanya penghantaran dari atau ke Sabah dan Sarawak.

“Bagi kawasan-kawasan PKPB, kelewatan penghantaran dijangka akan berlaku dan Pos Malaysia memohon kerjasama dan kesabaran daripada semua para pelanggannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, pihak Pos Malaysia akan meningkatkan kapasiti bersempena kempen jualan 11.11 esok.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi kempen jualan 11.11, kami akan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kami,” ujarnya.

Tambahnya, untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh layari laman web Pos Malaysia www.pos.com.my melalui AskPos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI