fbpx
Pencipta bersama kartun Scoobny-Doo, Ken Spears meninggal dunia akibat penyakit nyanyuk yang serius. - Ihsan keluarga Spears

Pencipta watak kartun popular Scooby-Doo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pencipta kartun popular Scooby- Doo, Ken Spears dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Kematian Spears hanya berselang tiga bulan selepas pemergian rakan pencipta bersama kartun itu, Joe Ruby pada Ogos lalu.Joe meninggal dunia di usia 87 tahun kerana sakit tua di Westlake-Village, California.

Anak lelakinya, Kevin Spears mendedahkan ayahnya meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat komplikasi berkaitan penyakit Lewy Body Dementia atau penyakit nyanyuk yang agresif, menurut laporan majalah Variety.

Ken dan Joe adalah pencipta bersama kartun animasi Scooby-Doo, Where Are You! yang mula ditayangkan pada tahun 1969.

Kartun animasi popular Scooby- Doo, Where Are You! ciptaan Spears dan Joe Ruby. – Hanna Barbera

“Ken akan sentiasa diingati tentang kecerdasan yang dimiliki, kebolehan berceritanya, kesetiaan kepada keluarga dan etika kerja yang tinggi,” kata Kevin.

“Dia bukan sahaja meninggalkan impak mendalam terhadap keluarga tetapi telah menyentuh banyak kehidupan selaku pencipta karakter kartun animasi Scooby-Doo.

“Ken adalah inspirasi kami sepanjang kehidupannya dan akan terus hidup dalam hati kami semua,” ujarnya.

Ken meninggalkan dua anak lelaki, Kevin dan Chris Spears, lima orang cucu dan tiga cicit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN