fbpx

LRA baharu dibina di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN HARUN (dua, dari kanan) menerima sumbangan mangsa banjir daripada Ho Kong Soon (tiga, dari kiri) di Wisma Negeri, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Sebuah Loji Rawatan Air (LRA) baharu beserta projek sistem takungan air atau ‘Off River Storage’ (ORS) akan dibina di Port Dickson bagi menangani keperluan air bersih bagi jangka masa panjang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaannya bagi menampung keperluan air kepada penduduk di daerah Port Dickson dan Nilai yang semakin meningkat.

“Projek ini adalah cadangan daripada kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan susulan penduduk semakin bertambah dan pembinaan itu akan dibuat secepat mungkin.

“Bagaimanapun, kos keseluruhan pembinaan loji berkenaan masih belum diputuskan. Namun, pihak kerajaan sudah mengadakan lawatan ke tapak lokasi LRA baharu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima sumbangan untuk mangsa banjir daripada syarikat Matrix Concepts Sdn. Bhd. di Wisma Negeri, dekat sini hari ini.

Sumbangan sebanyak RM200,000 tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulam Matrix Concepts, Ho Kong Soon.

Sementara itu, tambah Aminuddin, sebuah lagi LRA iaitu LRA Ngoi-Ngoi 2 di Seremban juga akan dibina pada pertengahan tahun hadapan bagi menampung bekalan air bersih untuk penduduk Seremban Utara.

“LRA ini akan dibina pada pertengahan tahun hadapan kini ia masih dalam proses tender,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, susulan masalah gangguan bekalan air di Port Dickson dan sebahagian Seremban, sebanyak 80 peratus penduduk di kawasan tersebut sudah mula menerima bekalan air hari ini.

“Alhamdullilah, walaupun masih belum semua kawasan pulih namun sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban telah mencapai 80 peratus menerima bekalan air manakala kerja-kerja baik pulih masih terus berjalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI