fbpx

Dollah tidak risau jawatan, anggap lumrah jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLAH enggan memikirkan mengenai masa depannya bersama Pahang selepas pasukan itu tersingkir dalam saingan Piala Malaysia kelmarin.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

KEGAGALAN Pahang untuk meneruskan kemaraan pada saing­an Piala Malaysia musim ini selepas tunduk 2-3 kepada Kedah di Stadium Darul Aman kelmarin menyebabkan kedudukan jurulatihnya, Dollah Salleh menjadi tanda tanya.

Selain itu, skuad Tok Gajah juga mempamerkan aksi hambar pada saingan Liga Super apabila sekadar berada di kedudukan kelapan liga dengan hanya me­ngutip 14 mata daripada 11 perlawanan.

Begitu pun menurut Dollah, beliau tidak khuatir dengan perkara tersebut yang menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pemain dan jurulatih.

“Tentang masa depan saya bersama Pahang, itu ‘belakang kira’. Kalau dikekalkan, maka saya akan terus berkhidmat untuk pasukan ini.

“Itu sememangnya lumrah. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pahang tewas 2-3 kepada Kedah di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Perjalanan Pahang pada musim ini cukup berliku apabila dihimpit masalah kecede­raan pemain utamanya selain isu melibatkan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh.

Keadaan itu nyata menyukarkan Dollah untuk mengatur pe­rancangan terbaik buat Pahang hingga ada penyokong me­nuntut beliau digugurkan musim depan.

Mengulas mengenai aksi ber­temu Kedah, Dollah meng­akui para pemain Pahang khususnya di bahagian pertahanan mengambil sikap sambil lewa hingga membolehkan Kedah memperolehi gol mudah.

“Kesilapan mudah membuatkan perancangan kita tidak menjadi. Pada waktu rehat saya katakan kepada pemain, jika sikap sama ditunjukkan, Kedah akan jaringkan lebih banyak gol.

“Akhirnya permainan ber­ubah, namun nasib tak menye­belahi apabila kita cuma memperolehi dua gol. Terkilan juga Dickson Nwakaeme gagal me­nyempurnakan penalti,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI