fbpx

Bekalan makanan, keperluan harian di Kelantan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kementerian Perdaganga Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memberi jaminan bekalan makanan dan barang keperluan harian mencukupi di negeri ini meskipun pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok di kebanyakan negeri lain.

Pengarahnya, Adnan Abd. Rahman berkata, sehubungan dengan itu, pembelian panik akan menyebabkan bekalan barangan habis dengan lebih cepat di sesuatu premis daripada sepatutnya, sementara menunggu pengisian semula barangan yang berkaitan di premis tersebut.

Katanya, ia juga mengundang pelbagai masalah sampingan kepada pengguna dari segi perbelanjaan isi rumah dan pembaziran disebabkan tarikh luput sesuatu barangan yang dibeli tanpa penelitian.

“Seperti pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, ia bersifat sementara sahaja disebabkan pekedai tidak menyimpan stok yang banyak di premis dan menunggu masa pembekal menghantar stok yang baru.

“Disebabkan PKPB kali ini hanya membabitkan kawasan yang terhad dan Kementerian Pengangkutan juga sudah memberi jaminan bahawa semua kenderaan komersial bagi mengangkut barangan dibenarkan terus beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPDNHEP bertanggungjawab mengawal selia bekalan tersebut menasihatkan pengguna supaya mematuhi segala arahan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan serta tidak melakukan pembelian panik kerana tiada keperluan mereka menyimpan barangan berlebihan berikutan keadaan terkawal dan bekalan yang mencukupi.

Mengulas lanjut, KPDNHEP menyeru dan meminta semua pihak supaya kekal bertenang dan bersikap rasional termasuk peniaga juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan masing-masing atas pelbagai alasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI