fbpx

UPM jadikan madu kelulut penyalut hasil pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buah betik disalut menggunakan penyalut hasil pertanian yang dihasilkan daripada madu kelulut oleh penyelidik UPM.

SERDANG – Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan penyalut hasil pertanian daripada madu kelulut untuk kawalan penyakit Antraknos iaitu kulat pasca tuai.

Ketua kumpulan penyelidik itu, Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila Hashim berkata, madu kelulut itu diformulasikan kepada bentuk serbuk sebelum ia digunakan.

Katanya, 10 gram (g) madu kelulut akan menghasilkan 10g serbuk, yang mana ia boleh digunakan untuk menyalut 100 biji buah betik.

“Buah itu akan dicelup ke dalam larutan madu tersebut untuk disalut.

“Selain kawalan penyakit, ia memanjangkan tempoh kesegaran dan hayat betik antara 14 dan 21 hari dari hari tuaian, sekali gus memudahkan proses eksport,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI