fbpx

Rugi RM30,000 sebelum berjaya eksport madu kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SUFFIAN menunjukkan sebahagian produk madu kelulut yang dijualnya di Galeri Madu Kelulut Bukit di Bukit Bayas, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Rugi lebih RM30,000 sewaktu awal penglibatan tidak mematahkan semangat Mohd. Sufian Mat Noor untuk meneruskan perusahaan madu kelulut yang dipeloporinya sejak 2015.

Mohd. Sufian, 47, kini boleh menarik nafas lega apabila kerja kerasnya selama lapan tahun berjaya membawa produknya menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu.

Katanya, Galeri Madu Kelulut Bukit, Bukit Bayas, di sini kini menempatkan 180 sarang madu kelulut yang mampu menghasilkan antara 120 sehingga 300 kilogram (kg) madu sebulan.

“Saya bermula dengan suka-suka hanya sebuah sarang kelulut di kawasan rumah. Hasilnya mampu menghasilkan 500 gram madu.

“Semangat saya berkobar-ko­bar dengan membeli lagi 20 sarang yang kemudian menghasilkan 10kg (madu),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohd. Sufian memberitahu, keghairahan menyewa tapak bagi mengusahakan 100 sarang kelulut hampir membawa padah akibat serangan black fly soldier atau lalat hitam.

Ujarnya, ujian itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk membesarkan lagi perusahaannya sehingga berjaya membuka Galeri Madu Kelulut Bukit beberapa tahun lalu.

“Galeri Madu Kelulut Bukit menempatkan tiga spesies madu kelulut yang terkenal dengan keunikannya iaitu ‘Heterotrigona itama’ (Itama), ‘Lepidotrigona terminata’ dan ‘Geniotrigona thoracica’ (Torasika).

“Penggemar madu dari Yemen, Jordan dan Asia Barat mengakui kelazatan madu kelulut asli Malaysia.

“Sebanyak 200kg madu kelulut pernah berjaya di eksport ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada dua tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI