fbpx
David (tengah) dan Victoria Beckham (dua dari kanan) bergambar bersama empat anak mereka. - INSTAGRAM

David Beckham dan Posh tandatangani siri Netflix bernilai RM86 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pasangan selebriti, David dan Victoria Beckham didakwa telah menandatangani satu perjanjian dengan platform penstriman Netflix bernilai £16 juta (RM86 juta), menurut satu laporan baru-baru ini.

Perjanjian itu melibatkan akses kepada foto dan rakaman video keluarga itu yang belum pernah didedahkan kepada umum.

Menurut kenalan rapat keluarga itu, foto dan video istimewa itu akan dipertontonkan dalam satu siri dokumentari khas tentang kerjaya dan hidup Beckham tidak lama lagi.

Siri itu dipercayai akan memfokuskan tentang Beckham, 45, dan kisah perjalanan kariernya bermula sebagai pemain muda di Kelab Bola Sepak Manchester United menuju ke zaman kegemilangan antarabangsa hingga kini, bergelar pemilik bersama Kelab Bola Sepak Miami.

Sementara itu, Posh, 46, dan empat anak mereka iaitu Brooklyn, 21, Romeo, 18, Cruz, 15 dan Harper Seven, 9, akan turut terlibat dalam penggambaran di sebalik tabir siri dokumentari berkenaan.

Sumber dalaman mengatakan peminat berpeluang menyaksikan sisi berbeza Beckham yang jarang ditonjolkan di hadapan media menerusi siri ini.

Peminat juga dapat mengimbas semula detik-detik awal percintaan Beckham dan Posh yang pernah menjadi tajuk utama akhbar dunia lewat tahun 1990-an.

“Semua orang dalam keluarga David sangat teruja dengan pembikinan siri ini. Mereka masih menyimpan segala keratan akhbar, gambar pasukan bola sepak sekolah dan laporan sukan sekolah untuk ditayangkan dalam dokumentari itu.

“Seorang kru khas akan merakam setiap detik dalam kehidupan seharian David dan bakal mengikuti bintang itu ke acara-acara yang dihadirinya di seluruh dunia,” kata sumber itu.

Siri dokumentari itu yang sudah memulakan penggambaran dikatakan adalah terbitan syarikat penerbitan milik Beckham iaitu Studio 99 dan hanya akan menemui penonton sekitar tahun 2022. – Agensi