fbpx
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

Anggota Rela maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut digilis lori dalam satu kemalangan di Jalan Subang-Sungai Buloh hari ini.

Kejadian pada pukul 1.50 tengah hari turut mengakibatkan rakannya, Suzilawati Abdul Rahim, 40, yang juga penunggang motosikal jenis Honda Dash cedera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, mangsa, Sharul Rina Mohamad, 40, yang membonceng motosikal disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di badan.

Katanya, hasil siasatan mendapati dua anggota Rela itu yang menunggang motosikal menghala ke Sungai Buloh dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah lori.

“Akibatnya, pembonceng motosikal terjatuh dan pemandu lori pula tidak sempat memberhentikan kenderaannya menyebabkan mangsa digilis.

“Mangsa juga terseret sejauh 19 meter dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE