fbpx

Nenek maut manakala cucu parah langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Loke Yew pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwo di Jalan Loke Yew pagi tadi.

Mangsa, Nor Asmah Baharuddin,57, maut di lokasi kejadian manakala cucunya yang mengalami kecederaan pada muka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 6.15 pagi.

“Sebaik anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu tiba di lokasi mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas dan terdapat dua mangsa di dalamnya.

“Seorang wanita dewasa tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan manakala seorang kanak-kanak lelaki dikeluarkan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan nenek dan cucu.

Menurutnya lagi, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada bahagian muka itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI