fbpx

PPZ-MAIWP buka semula ibu pejabat dan kaunter zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka semula ibu pejabat dan sembilan cawangan kaunter bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, pembukaan semula kaunter-kaunter itu adalah bagi memudahkan urusan pembayaran zakat selepas ditutup sementara waktu bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi.

“Bagi memastikan keselamatan pembayar zakat dan kakitangan terjaga, PPZ-MAIWP akan mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan iaitu menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Urusan bayaran zakat juga akan dibuat seperti biasa (akad dan doa), tetapi petugas-petugas di kaunter tidak berjabat tangan ketika menerima bayaran zakat bagi mengelakkan sebarang kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi kaunter-kaunter tersebut akan dibuka pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 8.15 pagi ke 4.45 petang; Jumaat mulai pukul 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dibuka semula pada pukul 2.30 petang ke 4.45 petang, manakala Sabtu (minggu kedua, empat dan lima) pada pukul 8.15 pagi ke 12.45 tengah hari.

Pembayar zakat juga boleh memilih transaksi dalam talian iaitu www.zakat.com.my atau perbankan internet bagi urusan bayaran zakat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, pelanggan boleh menghubungi talian zakat di 1300-88-5757 atau email di [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI