fbpx

Penjara Sungai Petani disanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
operasi sanitasi

SUNGAI PETANI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan sanitasi awam di Penjara Sungai Petani di sini hari ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, proses sanitasi dilakukan selama dua jam bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi ini.

Beliau berkata, kawasan yang disanitasi melibatkan blok pentadbiran, Zon 1 dan Zon 2 serta pejabat dan kawasan sekitar.

“Zon 1 terdiri daripada Blok Akasia, Blok Begonia, Blok Casuarina serta lima buah bengkel dan pejabat.

“Manakala Zon 2 pula meliputi blok Wad LRCC, Blok Davalia, Blok Episia, surau, dapur dan blok klinik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi meliputi seramai 22 anggota bomba dengan dibantu 10 kakitangan penjara.

“Kawasan yang disanitasi membabitkan keluasan 3,400 kaki persegi dengan menggunakan cecair sodium hypoclorite,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI