fbpx

Raja-raja pemerintah zahir penghargaan kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Syed Danial

KUALA LUMPUR – Raja-raja Pemerintah menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas sifat baginda memilih melakulan rundingan dan konsultasi sebelum memberikan sebarang perkenan dan menzahirkan apa-apa keputusan menyentuh perkara yang sangat penting.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, semangat tersebut adalah selaras dengan budaya syura yang sangat dianjurkan oleh Islam ketika ummah menghadapi sesuatu persoalan yang memerlukan penyelesaian.

Terdahulu, Raja-raja telah mengadakan mesyuarat khas bersama baginda di Istana Negara bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Raja Perlis, Sultan Selangor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, dan Pemangku Raja Pahang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI