fbpx

Kru kapal LNG tiba di Sabah Port jalan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 50 kru kapal milik sebuah syarikat gas asli multinasional tiba di jeti Sabah Port hari ini bagi menjalani kuarantin.

KOTA KINABALU –  Seramai kira-kira 50 kru kapal yang juga pesakit dalam pemantauan (PUS) dan pesakit bawah siasatan (PUI) yang bekerja di salah satu aset Gas Asli Cecair (LNG) Terapung milik sebuah syarikat gas asli multinasional tiba di jeti Sabah Port hari ini bagi menjalani kuarantin.

Semua kru dari Kluster Sauh terbabit tiba menaiki ‘Fast Crew Boat’ Express Alpha sekitar pukul 11.35 pagi tadi dengan lengkap memakai set peralatan perlindungan diri (PPE).

Mereka kemudiannya menaiki dua buah bas ekpress khad untuk dibawa ke salah satu pusat kuarantin.

Semua krew kapal terbabit difahamkan diarahkan syarikat gas asli itu turun ke daratan selepas mendapat kebenaran dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, seramai 15 orang krew kapal dari dua aset LNG Terapung berkenaan disahkan positif Covid-19 dan diterbangkan menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan pada 20 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis mengesahkan Kluster Sauh telah dikesan di Sabah dan Miri, Sarawak.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 31 kes dari kluster ini telah direkodkan pada hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI