fbpx

Kereta peronda polis dilarikan dari IPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang menyamar polis ditahan di Shah Alam awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah kenderaan peronda (MPV) jenis Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia dilarikan penjenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Kepala Batas di sini malam tadi.

Bagaimanapun dua suspek iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia 30-an dan 20-an berjaya dicekup di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Difahamkan suspek telah menyamar sebagai polis sebelum memasuki IPD berkenaan dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 9.40 malam sebelum melarikan kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.

Kereta tersebut merupakan antara 26 buah MPV yang diagihkan kepada lima IPD di negeri ini bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI