fbpx

Saad Hariri kini Perdana Menteri baharu Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hariri berucap di Istana Presiden di Baabda di Lebanon hari ini. - AFP

BEIRUT – Saad Hariri hari ini dinamakan sebagai Perdana Menteri Lebanon yang baharu sekali gus menandakan kali keempat beliau menjawat jawatan berkenaan.

Sebaik dilantik, beliau berjanji membentuk sebuah kerajaan disertai barisan Kabinet terdiri daripada kelompok teknokrat bagi menyokong pelan induk Asia Barat yang diusul oleh Perancis

Hariri berkata, beliau akan ‘membentuk satu Kabinet terdiri daripada pakar bukan politik dengan misi merombak ekonomi, kewangan dan pentadbiran selari dengan pelan induk inisiatif Perancis’.

“Saya akan membentuk satu kerajaan secepat mungkin kerana masa semakin suntuk dan ini adalah peluang terakhir untuk negara kita,” katanya.

Presiden Michel Aoun menamakan Hariri untuk membentuk satu Kabinet baharu untuk membawa Lebanon keluar daripada krisis selepas sebahagian besar blok di Parlimen menyokong pencalonannya.

Hariri yang pernah memimpin tiga kerajaan di Lebanon berundur kira-kira setahun lalu akibat tekanan bantahan berterusan terhadap ahli politik.

“Presiden sudah meminta.. Saad al-Deen al-Hariri untuk membantu beliau dalam tugas membentuk satu kerajaan,” kata seorang jurucakap bagi presiden.

Hariri menerima sokongan majoriti 65 ahli Parlimen manakala 53 lagi mengambil pendekatan berkecuali.

Lebanon terjerumus dalam krisis ekonomi paling teruk sejak beberapa abad lalu dan masih belum pulih akibat bencana letupan berganda di sebuah pelabuhan yang meragut lebih 200 nyawa di Beirut pada Ogos lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI