fbpx

Ular sawa batik 6 meter ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dari BBP Yong Peng menangkap seekor ular sawa batik di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Parit Arshad, Parit Awang, Yong Peng, Batu Pahat petang semalam. Foto IHSAN BOMBA

BATU PAHAT – Seekor ular sawa batik sepanjang enam meter berjaya ditangkap sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dalam kejadian di Kampung Parit Arshad, Parit Awang di sini petang semalam.

Komander Operasi BBP Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Aresat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.52 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera dihantarkan ke lokasi kejadian.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.52 petang daripada seorang penduduk yang mendakwa ada seekor ular sawa di halaman rumahnya.

“Sejurus Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sampai ke tempat kejadian memang benar ada seekor ular sawa batik sepanjang 20 kaki berada di kawasan rumah pengadu,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khairul berkata, PKO berjaya menangkap reptilia itu dengan menggunakan alat penjerut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi ditamatkan pada pukul 6.30 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI