fbpx
TANGKAP layar lelaki memakai gelang pink sambil menunggang motosikal yang tular menjadi perhatian netizen.

Polis tunggu lelaki bergelang “pink” selesai kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

JASIN – Polis negeri ini akan mengambil tindakan terhadap individu yang klip videonya tular menunggang motosikal dengan memakai gelang merah jambu sebaik sahaja lelaki tersebut selesai menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Dalam dua video berdurasi lima dan tujuh saat itu, lelaki tersebut dirakamkan memakai gelang merah jambu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tangan kirinya sambil menunggang motosikal dipercayai di sekitar Cenderah-Chohong di sini.

Klip video tersebut yang tular turut mencetuskan kemarahan dan panik dalam kalangan netizen yang menetap di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sebarang perbuatan dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

“Tindakan akan diambil sejurus individu terbabit selesai menjalani perintah kuarantin yang ditetapkan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988/ Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No 8) 2020,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan daripada netizen bahawa lelaki tersebut dalam perjalanan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah setelah membuat saringan Covid-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi berkata, kejadian itu sedang disiasat oleh pihak polis dan meminta orang ramai untuk berhenti menularkan klip video tersebut.

“Biar pihak polis yang siasat, saya minta orang ramai berhenti menularkan klip video ini kerana ia boleh menimbulkan salah faham dan pelbagai persepsi.

“Bagaimanapun sekiranya pemuda tersebut secara sengaja mengingkari perintah kuarantin di rumah, tindakan tegas pasti akan diambil terhadapnya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN