fbpx

Motif India Ann Khan Exclusive

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHIBA mempunyai perincian sulaman di bahagian tangan dan bawah baju.

KEINDAHAN motif India yang diterapkan di dalam busana jenama Ann Khan Exclusive telah mengangkat label tersebut sehingga menjadi pilihan wanita pelbagai kaum.

Beroperasi sejak empat tahun yang pada awalnya menjual sari, kini jenama tersebut telah berjaya menghasilkan kira-kira 20 koleksi busana.

Menurut pengasas jenama tersebut, Noorain Asarulah Khan, 31, permintaan yang tinggi untuk tempahan jahitan kain sari membuatkannya memilih untuk menghasilkan busana ready to wear itu.

“Dahulu, saya bermula sebagai penjual kain sari dan sering menerima permintaan untuk menjahit fabrik itu.

“Bermula dari situ, saya mengambil langkah untuk mengembangkan perniagaan dengan menyediakan baju siap dijahit,”katanya yang merupakan pemegang Diploma Perniagaan dari Universiti Limkokwing, Cyberjaya.

Tambahnya, Ann Khan Exclusive mempunyai kilang di India bagi menghasilkan busana-busana tersebut yang menggunakan kain bermutu tinggi, eksklusif dan mewah.

 

INAYA mempunyai corak seakan batik yang didatangkan dengan tiga pilihan warna,

 

Bagi menghasilkan setiap koleksi di bawah jenama tersebut, Noorain mempunyai pasukan pereka berpengalaman untuk menterjemahkan setiap rekaan itu.

Bukan sahaja corak yang berunsurkan kebudayaan India tetapi busana-busana itu turut menerapkan perincian sulaman dari negara tersebut.

Salah satu koleksi Ann Khan Exclusive yang mendapat sambutan tinggi adalah seleksi busana blaus.

“Kami ada empat jenis blaus iaitu Kaira Doll, Layla Top, Sahiba dan Inaya.

“Harga bagi blaus-blaus tersebut ialah bermula RM129 hingga RM149,” tuturnya sambil memberitahu, Ann Khan Exclusive kini menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus yang akan berakhir hujung bulan ini.

 

KAIRA Doll menggunakan fabrik sifon dan mempunyai perincian renda di bahagian bawah baju.

Bercerita lanjut mengenai blaus-blaus tersebut, Noorain memberitahu, Kaira Doll yang menggunakan fabrik sifon itu turut mempunyai perincian renda di bahagian bawah baju itu.

“Kaira Doll didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu retro, marlin blue dan Copper brown.

“Ia sesuai dipakai untuk ke pejabat mahupun bersiar-siar,” ulas ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagi penggemar material satin boleh mendapatkan blaus Layla Top yang didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu egiption navy blue, hazelnut beige dan rhino grey.

Blaus Sahiba pula menggunakan fabrik Indian shantung yang mempunyai perincian sulaman di tangan dan bahagian bawah baju.

Ia juga menawarkan tiga jenis rona iaitu biscoti gold, elbony black dan Mediterranean blue.

 

BEGUM menampilkan gaya sopan dan elegan.

 

Akhir sekali, blaus Inaya yang dihasilkan daripada fabrik rayon mempunyai motif seperti batik dan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu charcoal black, espresso brown dan tangerine orange.

Di samping itu, Ann Khan Exclusive juga mempunyai koleksi set kurti yang diberi nama Begum bagi wanita yang inginkan gaya sopan tetapi elegan.

Menariknya, busana-busana Ann Khan Exclusive merupakan koleksi terhad yang tidak akan dikeluarkan semula.

Mereka yang berminat boleh membeli secara online di laman web, Facebook dan Instagram atau terus ke butiknya yang terletak di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI