fbpx
WAFARIENA

Wafariena yakin nyanyian setaraf Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi Wafariena yakin ­nya­­nyi­an­nya setanding penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul selepas diberi kepercayaan bertanding dalam program realiti, Vokal Mania.

Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 25, berkata, dia mempunyai kelebihan tersendiri sebagai penyanyi untuk memberi saingan sengit dalam program berkenaan.
“Saya kena yakin dengan bakat yang ada. Kalau tidak yakin, saya tidak masuk bertanding.

“Saya percaya setiap penyanyi punya kelebihan masing-masing. Mereka di luar sana tidak tahu saya boleh menyanyi dalam bahasa Mandarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya apakah lagu yang ingin didendangkan dalam program tersebut, Wafariena yang sebelum ini mencuri tumpuan peminat menerusi karakter Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 berharap dapat menyanyikan lagu Putus Terpaksa dendangan asal Ziana Zain.

“Saya pun tidak tahu lagi apa yang akan dinyanyikan. Tetapi kalau boleh saya mahu tonjolkan bakat dengan lagu Putus Terpaksa daripada Ziana Zain.

“Saya selalu nyanyi lagu itu, namun bukan dalam pertan­dingan. Jika diperkenankan pi­hak pro­duksi, ini kali pertama saya nyanyikan dalam pertandingan. Sudah tentu saya akan buat
yang terbaik untuk peminat,” ujarnya

Vokal Mania menampilkan seramai 24 ‘Rookies’ (penyanyi amatur) yang bakal berentap dengan empat artis profesional antaranya Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok bagi merebut gelaran Juara.

Selain Wafariena yang akan bertanding atas tiket Rookies, peserta lain antaranya Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Alif Kadim, Hariz Danial, Tuah Adzmin, Yuveena, Zareef Sein dan Fatin Afeefa

Setiap persembahan penyanyi profesional dan Rookies akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Vokal Mania bermula 24 Oktober ini pukul 9 malam di TV3 dan program realiti berkenaan menawarkan ha­diah wang tunai terkumpul sebanyak RM80,000.

POPULAR