fbpx

Taman awam di Putrajaya dibuka untuk riadah namun, ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Tidak sampai seminggu ditutup, taman-taman awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini akhirnya dibuka kepada orang awam untuk tujuan riadah.

Bagaimanapun, kebenaran itu bersyarat di mana orang awam dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu penjarakan fizikal dan larangan berkumpul.

Presiden Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, aktiviti riadah di Taman Botani, Taman Rimba Alam dan Taman Saujana Hijau dibenarkan dengan memastikan penjarakan fizikal dan mematuhi SOP ditetapkan.

“Aktiviti sukan dan rekreasi dalam taman yang boleh menyebabkan orang ramai berhimpun adalah dilarang sama sekali.

“Taman dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi harian dan perkhidmatan di Taman Botani seperti sewaan tapak, acara taman, sewaan basikal, tram dan buggy, galeri Astaka Morocco, aktiviti pendidikan taman ditutup buat sementara waktu.

“Kebenaran pembukaan taman-taman awam khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Wilayah Persekutuan yang bermesyuarat semalam,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter semalam memaklumkan, kebenaran itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan aktiviti bersukan tertentu.

“Padang golf dibuka, gimnasium dibuka tetap taman awam ditutup.

“JKKN WP selepas konsultasi dgn MKN KKM memutuskan taman awam di Wilayah Persekutuan boleh dibuka dengan syarat ada kawalan pematuhan SOP. Memberi peluang untuk aktiviti riadhah yang dibenarkan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Perbadanan Putrajaya (PPj) menutup sementara enam taman-taman awam di sini selaras arahan pelaksanaan (PKPB) bermula 14 hingga 27 Oktober ini.

Antara taman-taman awam terbabit adalah Taman Wetland Putrajaya, Taman Wawasan, Taman Putra Perdana, Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau dan Taman Rimba Alam. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI