fbpx

APM bantu agih 1,400 air mineral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Klang mengagihkan air mineral kepada penduduk Pangsapuri Sri Angkasa, Seksyen 28, Shah Alam, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Lebih 1,400 botol air mineral diagihkan kepada penduduk Pangsapuri Sri Angkasa, Seksyen 28 di sini, bagi kegunaan menghadapi gangguan bekalan air hari ini.

Semua air minuman itu dibekalkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) secara berperingkat kepada penduduk di lokasi yang terjejas di daerah ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang berkata, penghantaran air mineral itu dilakukan pihaknya selepas menerima panggilan untuk bantuan jentera pada pukul 3 petang tadi.

“Tiga anggota dan sebuah lori APM kemudiannya dikerah untuk mengambil dan menghantar air tersebut.

“Bantuan penghantaran itu melibatkan sebanyak tujuh kotak besar berisi lebih 1,400 minuman,” katanya kepada Kosmo! di lokasi tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, semua air berkenaan selamat diagihkan kepada penduduk pada pukul 3.50 petang.

Air Selangor dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan lebih 1.1 juta pemegang akaun di 1,292 kawasan di tujuh wilayah terlibat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor akibat pencemaran bau.

Wilayah yang terjejas itu meliputi Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Kesemua pengguna di kawasan tersebut dijangka akan mendapat bekalan air semula dalam tempoh 24 jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI