fbpx
ZLATAN menjadi tonggak penting buat Milan dalam pertembungan derbi menentang seteru setempat Inter awal pagi esok. – AFP

Zlatan pikul harapan Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Bekas penggempur Itali, Christian Vieri menjangkakan bintang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic tidak berdepan masalah untuk mengetuai jentera serangan pa­sukan itu pada aksi menentang seteru setempat mereka, Inter Milan.

Zlatan kembali ke San Siro sebagai pemain AC Milan dengan perpindahan secara percuma selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika bersama LA Galaxy di Liga Major Amerika Syarikat.

Pemain berusia 39 tahun itu berjaya menjaringkan 14 gol dalam 22 penampilan selepas menyertai Rossoneri Januari lalu dan meledak tiga pada awal musim ini sekali gus diberikan kontrak lanjutan pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, momentum Zlatan sedikit terencat selepas dia diuji positif koronavirus ketika aksi kelayakan Liga Europa menentang Glimt bulan lalu dan terpaksa menjalani proses kua­rantik, sekali gus terlepas aksi menentang Rio Ave serta Spezia pada aksi Serie A.

Namun, Zlatan dijangka kembali memperkuatkan pasukan itu pada aksi menentang Inter awal pagi esok.

Vieri yang pernah beraksi untuk kedua-dua pasukan yang berpangkalan di Milan itu yakin Covid-19 tidak akan meruntuhkan semangat Zlatan untuk terus mempamerkan kualiti yang di­miliki.

“Dia boleh berlari di atas mesin­ treadmill setiap hari. Tiada siapa yang boleh berkata bahawa Co­vid-19 akan menyebabkan semangatnya pudar, dia memiliki mental sangat kuat berbanding ancaman virus berkenaan.

“Dia akan turun menentang Inter tanpa sebarang ketakutan, percayalah,” katanya.

Vieri mengakui bahawa Zlatan telah memberikan impak buat skuad Milan untuk tempoh sembilan bulan ini.

“Pengalamannya tidak ada tandingan, ia memudahkannya untuk melepasi sebarang hala­ngan.

“Daripada aspek teknikal, kemam­puan membaca perlawanan, menjaringkan gol, mencipta umpanan dan membantu pasukannya beraksi dengan baik, ke­semua itu adalah kepakaran Zlatan. Dia menyebabkan pemain lain terpaksa meningkatkan tahap kualiti,” jelasnya. – AGENSi

BERITA BERKAITAN