fbpx

APMM tahan tiga kapal pindah minyak tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal yang berjaya ditahan selepas disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan negara.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Cubaan tiga buah kapal melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan negara berjaya digagalkan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili semalam.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, tindakan diambil selepas Zon Maritim Tanjung Sedili menerima aduan daripada komuniti maritim setempat mengenai aktiviti ship to ship (STS) yang mencurigakan di perairan Tanjung Sedili.

Jelasnya, kapal ronda APMM yang sedang melaksanakan Ops Jaksa kemudiannya mengesan tiga kapal tersebut yang merapat antara satu sama lain di kedudukan 14 batu nautika Timur Tanjung Sedili Besar pada pukul 7 petang.

“Kapal-kapal yang ditahan ini jenis Very Large Crude Carrier (VLCC), kapal tangki dan bot servis atau membekal. Pemeriksaan lanjut mendapati VLCC sedang memindahkan kargo minyak kepada sebuah kapal tangki.

“Kedua kapal tesebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran atas aktiviti yang dijalankan dan akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 491B(1)(L) OPS 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran Pengarah Laut dan Seksyen 474 OPS 1952 menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran.

Nurul Hizam berkata, kes juga akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI