fbpx

Achey, Nabil sumbang RM15,000 sempena hari kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim (kiri tengah) menyerahkan cek sumbangan RM15,000 kepada Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria sambil disaksikan Achey dan Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA Institut Biosains, Prof. Madya. Dr. Chia Suet Lin.

KLANG – Dua pelawak terkenal, Achey Bocey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM) – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).

Menurut Achey, Mohd Nasir Hamzah, 34, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar produk wangian, SugarBomb.

Sumbangan tersebut bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.

“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.

“Apabila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini.

Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.

Turut hadir, Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ujar Achey lagi, dia juga berharap dengan sumbangan itu dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang merupakan pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita tersebut.

“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tidak sampai kepada masyarakat.

“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya lagi.

Sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.

Sebagai info, Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN