fbpx

Adik Pasha Ungu ditangkap kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASHA UNGU

ADIK kepada penyanyi, Pasha Ungu dilaporkan telah ditangkap Badan Narkotik Nasional Sulawesi Tengah kerana terbabit dengan penagihan dadah.

Mengetahui adiknya, Helmi Said ditangkap polis, Pasha telah memuat naik status memberikan kata-kata dukungan kepada adiknya melalui Instagram.

“Teruslah mengayuh basikalmu adikku sayang dan jangan berhenti. Usah dengar suara-suara sumbang yang boleh menghentikan perjalananmu,” kata Pasha yang kini aktif dalam arena politik.

Biarpun tidak menjelaskan situasi terbaharu tentang adiknya, Pasha menegaskan bahawa dia dan keluarga akan selalu menyokong dan memberi semangat kepada Helmi.

“Sabarlah daripada abangmu, Pasha yang akan selalu ada untukmu,” ujar bekas vokalis kumpulan Ungu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI