fbpx

Speakeasy Cafe Wonda terima kunjungan lebih 1,300 pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kafe mudah alih Speakeasy Cafe oleh Wonda Coffee mendapat sambutan hangat apabila lebih 1,300 penggemar kopi dari seluruh pelusuk Lembah Klang telah me­ngunjungi kafe tersebut sejak pembukaannya September lalu.

Direka bentuk supaya kelihatan seperti sebuah bas yang lama ditinggalkan, pengunjung akan menemui ‘syurga kopi’ pada bahagian dalam bas dan dihidangkan secawan kopi premium Wonda percuma serta roti dari Maru Bakes, menerusi kerjasama dengan myNEWS.com.

Tidak seperti kedai kopi biasa, penggemar kopi perlu memburu lokasi kafe mudah alih tersebut sebelum mendapatkan kod untuk beroleh akses masuk, menjanjikan pengalaman yang lebih ­eksklusif dan bermakna.

Speakeasy Cafe merupakan satu lagi kempen kreatif Wonda Coffee yang berpaksikan pengguna, memberikan mereka satu bentuk eskapisme dalam persekitaran yang mencabar sekarang.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pengalaman pengguna dengan jenama Wonda Coffee.

“Bekerjasama dengan jenama dan rakan kongsi yang menambah nilai pengalaman pengguna, adalah faktor kejayaan bagi kempen yang kami anjurkan.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan myNEWS.com dan Maru Cafe untuk Speakeasy Cafe pertama kami, membolehkan pengunjung menikmati kopi premium Wonda 3-dalam-1 bersama roti dari Maru Bakes,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Maklumat lanjut mengenai promosi terbaharu Wonda Coffee boleh didapati di laman Facebook WondaCoffeeMalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI