fbpx

Kelly cemerlang berkongsi sebagai pendahulu LPGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLY mengakui bakal berdepan cabaran dan kesukaran untuk bersaing pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun ia bukan penghalangnya untuk menjelmakan pingat buat Malaysia.

PEMAIN golf utama wanita negara, Kelly Tan mempamer prestasi cemerlang pada kejua­raan major PGA Wanita selepas berkongsi mata sebagai pendahulu pusingan pertama dalam saingan di Kelab Golf Aronimink, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Kelly yang menduduki ran­king ke-189 dunia melakukan tiga birdie di empat lubang pertama untuk mencatatkan tiga bawah par 67, sekali gus berkongsi kedudukan dengan jaguh tuan rumah, Brittany Lincicome.

Kelly berkata, prestasi yang ditunjukkan pada hari pertama itu sangat baik apabila melakukan pukulan konsisten, sekali gus membuka ruang untuk mendahului saingan kejuaraan bertaraf major buat pertama kali dalam kariernya.

“Pada kejohanan kali ini, saya tampil dengan lebih yakin dalam usaha meraih kedudukan positif dan itulah yang berlaku. Pukulan yang saya lakukan juga agak menjadi dan saya sangat berpuas hati.

“Namun, jika ada rezeki menjuarai kejuaraan ini, ia mungkin boleh mengubah karier saya ke tahap lebih baik.

“Secara jujur, saya agak cemburu apabila melihat ramai pemain wanita profesional berjaya merekodkan kejuaraan dan berharap, masa saya akan tiba,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan LPGA semalam.

Pencapaian terbaik Kelly yang kini berusia 26 tahun pada kejuaraan LPGA adalah berkongsi penamat keempat keseluruhan pada kejuaraan Marathon Classic edisi 2014.

Sebagai rekod, kejuaraan PGA Wanita sepatutnya diadakan pada Julai lepas tetapi terpaksa ditunda pada Oktober kerana pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI