fbpx

Presiden Cuepacs dahului senarai penerima Pingat Ketua Pengarah JBPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hamdan bersama sebahagian penerima pingat pada majlis di Putrajaya.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat mendahului senarai penerima Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP).

Selain Adnan, lapan lagi individu pula dikurniakan Pingat Jasa Bomba (PJB) antaranya Timbalan Pengarah (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Mohd Zulkifli Harun dan Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM, Aidi Azli Wahit.

Turut menerima PJB adalah Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Mohd. Pisar Aziz dan PPjB Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Mohd. Sani Harul.

Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran JBPM itu disempurnakan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid di Hotel Marriot Putrajaya di sini semalam.

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nor Hizwan Ahmad, pula mendahului senarai penerima Pingat Setia Bomba (PSB) diikuti Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri KPKT, Mohd Syazwan Zahari.

JBPM berkata, Pegawai Tugas-Tugas Khas Timbalan Menteri KPKT, Ismadi Ismail dan Ketua Unit Komunikasi Korporat KPKT, Ulfat Khasyi’ah Baharudin turut tersenarai dalam kalangan 23 individidu yang dipilih menerima PSB.

“77 lagi individu dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) terdiri daripada pegawai daripada pelbagai bahagian yang telah memberikan sumbang bakti kepada kelangsungan jabatan selama dalam perkhidmatan.

“16 pengamal media cetak dan elektronik turut menerima PCB pada sesi kali ini yang menjadikan jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 109,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI