fbpx

Kakitangan kesihatan terus dihantar ke Sabah perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan pelbagai skim perkhidmatan dari seluruh negara dihantar ke Sabah bantu perangi Covid-19.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kakitangan pelbagai skim perkhidmatan dari seluruh negara dihantar untuk membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang berhadapan peningkatan kes Covid-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ini termasuklah seramai sekumpulan 26 jururawat yang dihantar ke Sabah secara berfasa pada 2, 3 dan 4 Oktober lalu bagi membantu pasukan perubatan di hospital-hospital yang terkesan akibat peningkatan kes Covid-19 di negeri terbabit.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan kedua jururawat berkenaan seramai 15 orang ditempatkan di Hospital Tawau dan Hospital Semporna.

“Mereka adalah kelompok kedua jururawat dari beberapa buah hospital iaitu empat orang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Penyelidikan Respiratori (tiga) dan lapan orang dari beberapa hospital di Perak.

“Kesemua petugas barisan hadapan ini sudah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Katanya, beliau bagi pihak rakyat Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada wira dan wirawati negara ini.

“Doakan mereka diberikan kesihatan yang baik, kekuatan mental dan fizikal sepanjang bertugas di hospital, makmal dan lapangan,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan pertama seramai 11 jururawat berlepas ke Sabah pada Jumaat lalu dan mereka turut ditempatkan di Hospital Tawau dan Hospital Semporna.

Mobilisasi pasukan bantuan kesihatan itu mula digerakkan 23 September lalu khususnya ke Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI