fbpx

Majlis kahwin pandu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roma (kiri) dan Vinal ketika tiba di majlis perkahwinan mereka di Essex Jumaat lalu. - TIM STEWART NEWS/I-MAANI PHOTOGRAPHY

LONDON- Sepasang pengantin baharu melangsungkan perkahwinan mereka secara pandu lalu disaksikan 250 orang tetamu yang duduk di dalam kereta sepanjang majlis berlangsung di Braxted Park, Chelmsford, Essex, 2 Oktober lalu.

Majlis pasangan Roma Popat dan Vinal Patel yang berusia 30 tahun turut disaksikan 300 tetamu lain

dari seluruh dunia secara langsung menerusi penstriman video, lapor portal Mirror UK.Konsep menerima tetamu secara pandu lalu yang dirancang dalam masa tiga minggu ini selari dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Britain sejak penularan wabak Covid-19.

“Kami datang daripada dua buah keluarga besar dan perkahwinan adalah keraian penting dalam tradisi kami.

“Jika mengikut SOP, hanya 15 tetamu sahaja dibenarkan bagi seorang pengantin jadi kuota itu kami berikan kepada keluarga terdekat. Tetamu lain duduk di dalam kereta dan menonton upacara perkahwinan menerusi skrin besar di ruang parkir,” jelas Roma.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja upacara perkahwinan selama empat jam selesai, mereka menaiki kereta buggy dan menyapa tetamu yang berada dalam kenderaan masing-masing secara pandu lalu.

“Seronok melihat tetamu yang tetap bersiap cantik walaupun hanya duduk di dalam kereta. Saya gembira kerana majlis perkahwinan kami tetap meriah walaupun dalam keadaan begini.

“Sejak tarikh asal perkahwinan ditunda dari bulan April ke Oktober kerana wabak korona, saya berazam untuk tidak membiarkan Covid-19 merosakkan hari bahagia kami,”ujarnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI