fbpx

Zverev akui demam selepas tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZVEREV mendedahkan bahawa dia mengalami demam ketika beraksi menentang Sinner sebelum tersingkir pada saingan Terbuka Perancis di Roland Garros semalam.

PARIS – Bintang Jerman, Ale­xander Zverev yang mendapati dirinya kurang sihat mendedahkan, dia tidak sepatutnya beraksi selepas tersingkir pada pusingan keempat Terbuka Perancis kepada remaja Itali, Jannik Sinner semalam.

Zverev yang merupakan pemain pilihan keenam kejohanan meminta diperiksa oleh doktor selepas tewas dengan keputusan 6-3, 6-3, 4-6, 6-3 dan kemudiannya memaklumkan bahawa dia mengalami demam.

Jaguh berusia 23 tahun itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang disediakan oleh pihak penganjur dengan kali terakhir dilakukan pada 29 September lalu.

Persekutuan Tenis Perancis (FFT) dalam kenyataannya memberitahu, Zverev tidak meminta sebarang nasihat dan pemeriksaan daripada doktor kejohanan sebelum perlawanan tersebut.

Zverev memberitahu media bahawa suhu badannya mencecah 38 darjah Celsius pada malam selepas perlawanan menentang Marco Cecchinato, Jumaat lalu.

“Saya sememangnya kurang sihat. Saya sukar bernafas dan kamu boleh dengar perubahan pada suara saya. Pada masa sama, saya juga mengalami demam.

“Fizikal saya juga bukan dalam keadaan terbaik. Saya ada melakukan senaman pemanas badan. Saya tidak sepatutnya bermain hari ini,” jelas Zverev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI