fbpx

Jabatan Kesihatan Kelantan kenal pasti kontak rapat Menteri Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan telah melakukan penilaian risiko untuk mengenal pasti kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli yang hadir pada Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di negeri ini pada 25 September lalu disahkan positif Covid-19 semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, individu yang terlibat dengan program itu sedang dihubungi oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan untuk hadir menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan berdekatan.

Katanya, bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa bukan semua yang hadir ke program yang dihadiri menteri itu merupakan kontak rapat.

“Masyarakat diminta tidak panik dalam menangani isu ini dan diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Orang ramai juga telah boleh menghubungi bilik gerakan Covid-19 Kelantan menerusi talian 09-747 2089,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaini, orang ramai diharap dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI