fbpx

Lelaki rogol mayat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGETOWN, Guyana – Seorang lelaki dihukum penjara tiga tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan mayat wanita yang juga pesakit positif Covid-19 di bilik mayat sebuah hospital di sini, lapor Mirror UK kelmarin.

Tertuduh, Leroy Chacon, 50, mengaku bersalah memecah masuk ke dalam bilik mayat di Hospital Daerah Pelabuhan Kaituma dan melakukan hubungan seks dengan satu mayat wanita pada 26 September lalu, lapor portal iNews Guyana.

Chacon, seorang penganggur dari Trainline, Pelabuhan Kaituma dihadapkan ke Mahkamah Matthew Ridge menerusi aplikasi video penstriman langsung Zoom berhubung kes tersebut.

Tertuduh ditahan semasa dia sedang melakukan perbuatan terkutuk itu. Pegawai polis yang menahannya juga terpaksa menjalani kuarantin kerana dikhua­tiri terdedah dengan virus sama.

Mengikut laporan polis, mayat yang dirogol oleh tertuduh ialah seorang wanita berusia 56 tahun dan meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi Covid-19

Ujian pemeriksaan ke atas mayat itu selepas ditempatkan di bilik mayat hospital disahkan positif Co­vid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI