fbpx
CAVANI dikatakan hanya menunggu ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan menyertai United secara percuma dengan kontrak selama dua tahun – AFP

Cavani hampiri Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Penyerang prolifik Uruguay, Edinson Cavani dikatakan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United secara percuma dengan kontrak selama dua tahun.

Cavani terdesak mencari kelab baharu selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada Jun lalu dengan rekod sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan itu setelah meledak 200 gol sepanjang tujuh musim bersama juara Perancis tersebut.

Sebagai ejen bebas, United masih boleh menandatangani khid­mat Cavani walaupun selepas tamat tarikh jendela perpindahan awal pagi esok de­ngan kontrak yang dianggarkan bernilai £210,000 (RM1.13 juta) seminggu.

Penyerang berusia 33 tahun itu berpeluang membuat debut pertama bersama United menentang bekas kelabnya, PSG dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara peringkat Kumpulan H di Parc des Princes, Paris pada 21 Oktober ini.

Ia sekali gus menyaksikan satu lagi bekas kelab Cavani iaitu Atletico Madrid bakal berputih mata mendapatkan khidmatnya walaupun laporan sebelum ini mengatakan dia sanggup meneri­ma gaji lebih rendah untuk me­nyarung jersi jaguh Sepanyol itu.

Kehadiran Cavani mampu meredakan kemarahan para peminat tegar United yang meluahkan kekecewaan terhadap pengurusan kelab itu selepas gagal membeli pemain sayap sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Sebagai rekod, United baru membeli seorang pemain baharu iaitu Donny van de Beek dari Ajax dalam jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN